Best 7 quotes of Nik Abdul Aziz Nik Mat on MyQuotes

Nik Abdul Aziz Nik Mat

  • By Anonym
    Nik Abdul Aziz Nik Mat

    Apabila Allah SWT mencipta agama untuk panduan hamba-Nya, maka Dia tidak akan membiarkan Islam yang murni itu dalam keadaan hina-dina. Mudah bagi Allah SWT untuk membuka hati manusia supaya menerima agama-Nya, tetapi sengaja Allah SWT adakan suasana sukar sebagai gelanggang bagi Rasul-Nya dan orang-orang beriman berjuang mendapat anugerah Allah SWT.

  • By Anonym
    Nik Abdul Aziz Nik Mat

    Meskipun dosa itu hanya terbahagi kepada dua, iaitu dosa kecil dan dosa besar, tetapi lorong menuju kepada dua jenis dosa terlalu banyak dan bersimpang siur. Diri manusia menjadi gelanggang dosa, sementara hati, fikiran dan anggota yang lahir menjadi pintunya. (ms 111)

  • By Anonym
    Nik Abdul Aziz Nik Mat

    Orang yang mengingati mati akan sentiasa berusaha menambahkan ilmu terutamanya tentang ilmu yang berhubung dengan Allah swt, kerana asas kepada keimanan ialah ilmu.

  • By Anonym
    Nik Abdul Aziz Nik Mat

    Para ulama' adalah pembawa obor ilmu yang menerangi kegelapan jahiliyah, apabila seseorang itu berusaha mendampingi para ulama', bererti dia berusaha mendekati cahaya ... mukasurat 96 | bab 21

  • By Anonym
    Nik Abdul Aziz Nik Mat

    Petunjuk dan peringatan wahyu Allah swt itu laksana air yang akan menyuburkan tanaman.

  • By Anonym
    Nik Abdul Aziz Nik Mat

    Riba yang sentiasa mengekori setiap hutang di zaman moden ini akan menjadi bara api di akhirat kelak. (ms 110)

  • By Anonym
    Nik Abdul Aziz Nik Mat

    ... yang dikatakan iman itu ialah berikrar dengan lisan, membenarkan dengan hati dan membuktikan dengan perbuatan.