Best 16 quotes of Ad Rahman Ahmad on MyQuotes

Ad Rahman Ahmad

  • By Anonym
    Ad Rahman Ahmad

    Apabila kita memandang semua sama rata, kita akan nampak yang mana kerikil yang mana permata.

  • By Anonym
    Ad Rahman Ahmad

    Berdiam itu lebih baik. Tetapi berani berkata benar itu lebih baik dari berdiam. Kebenaran tidak mengenal sahabat ataupun musuh. Tetapi musuh boleh menjadi sahabat bagi yang mampu terima kebenaran, dan begitu juga sebaliknya.

  • By Anonym
    Ad Rahman Ahmad

    Bersama sayapku yang pernah patah dahulu Aku hampiri malammu Mengkhabarkan rindu di telapak tanganmu Selamat Pagi, taman-taman bunga...

  • By Anonym
    Ad Rahman Ahmad

    Bukan begitu caranya mendidik anak. Bukan dengan kekerasan ke tahap mendera. Tak usah dipukul teruk-teruk begitu. Apa untungnya yang kau dapat? Malah bertambah degil budak tu nanti. Cubalah berlembut, agar hatinya di belakang hari tak keras." Nek Limah dengan tenang mengingatkan ibuku.

  • By Anonym
    Ad Rahman Ahmad

    Di lantai kasih ini kau letakkan takar cinta serpihan permata yang kau kutip dari sela jendela pelangi jejak semalam Nestapa bertingkah lara menggelanggang kota lambaian gerhana redup pohon yang dahulu menyahut pudar dalam lingkarannya saat jemari menggamit senja

  • By Anonym
    Ad Rahman Ahmad

    Ilmu tak berguna lagi 'di sana' selain amalan yang baik-baik di dunia. Ilmu adalah perkakas atau seperti pemandu buat melakukan amal yang diredhai.

  • By Anonym
    Ad Rahman Ahmad

    Inilah aku, Sang Helang. Diri bukan untuk dijinakkan atau dipelihara. Tetapi untuk terbang bebas di angkasa raya.

  • By Anonym
    Ad Rahman Ahmad

    Katak yang menguasai tempurung akan merasakan dirinya menguasai dunia.

  • By Anonym
    Ad Rahman Ahmad

    Membenci itu tidak baik. Namun sebagai manusia, kadangkala merasa benci terhadap seseorang tidak dapat dielakkan. Tetapi kita boleh mengatasinya. Satu cara, dengan menjauhkan diri dari orang yang dibenci agar perasaan itu tidak terus membelenggu.

  • By Anonym
    Ad Rahman Ahmad

    Orang yang bersikap negatif, sesuatu yang positif baginya adalah negatif. Tapi bagi mereka yang positif, sesuatu yang negatif akan dipandangnya secara positif.

  • By Anonym
    Ad Rahman Ahmad

    Persimpangan ini papan tandanya sudah kelam bukan samar-samar lagi Seperti semalam berurai titik hitam di permukaan mentari saat kubuka jendela tadi pagi Singgahsana kematian dalam kehausan

  • By Anonym
    Ad Rahman Ahmad

    Ramahkan matamu pada semua. Pandanglah dengan sama rata. Mungkin saja orang itu yang kau pandang rendah, dirinya lebih mulia di mata Allah daripada engkau sendiri dan orang-orang yang selama ini kau pandang tinggi.

  • By Anonym
    Ad Rahman Ahmad

    Sekuntum mawar yang kupetik tadi dari taman hati Khas buat engkau yang ke sini bertandang dalam diam memeriahkan lagi teratak ini Ambil... Ambil... Jangan segan-segan

  • By Anonym
    Ad Rahman Ahmad

    Senyummu, kicauan burung di pagi hari. Matamu sinar mentari.

  • By Anonym
    Ad Rahman Ahmad

    Tidak ingin aku kesal pada jalan yang aku mahu lewati Kenapa harus aku kesal sedangkan aku tahu di hujung jalan yang menjemput cuma mati

  • By Anonym
    Ad Rahman Ahmad

    Walaupun sekali kebancian wujud di hatimu buatku Akan kusentuhnya Akan kucuit Kurubah kebencian itu menjadi sebuah kerinduan